aku gadis yang bakal berumur 21 tahun ini. usia bukan penghalang untuk aku berblogging. aku penuntut diploma sains komputer di UiTM Segamat. aku masih mencari-cari masa depan. aku masih tidak tahu masa depan ku cerah seperti cahaya matahari di pagi hari ataupun gelap segelap malam hari tatkala bulan ditutupi awan mendung. aku masih mencari diri ku. diri ini yang semakin hanyut dalam dunia yang tidak kekal yang pasti akan hilang pada bila-bila masa.
hari-hari yang telah berlalu. ada yang suka dan ada yang duka. ada yang gembira dan ada yang derita. aku telah lalui banyak liku-liku hidup yang tersangat pedih. tetapi dalam kepedihan itu juga aku telah temui kebahagiaan. kebahagiaan yang pasti akan ku ingat hingga akhir hayat ku yang tak kan pernah dapat ku lupakan.
aku sayang kamu semua. kamu telah warnai hidup ku yang pudar. tanpa kamu aku pasti kesunyian dalam meniti jambatan kehidupan yang panjang. hanya terima kasih sahaja yang mampu aku berikan. salah dan silap ku mohon dimaafkan.

No comments:
Post a Comment